1. Ciri Baharu: Inventori Dikongsi
Penjual boleh mendayakan "Inventori Dikongsi" secara manual. "Inventori Dikongsi", setiap saluran akan berkongsi stok dengan stok tersedia bagi SKU ShopHub yang disambungkan dan kuantiti stok yang tersedia akan diselaraskan dengan sewajarnya.
2.Pemberitahuan E-mel Makluman Stok Baharu
Penjual boleh menyediakan "Tahap Makluman Stok" untuk SKU ShopHub tertentu yang telah disimpan dalam Stok Gudang dan menaktifkan ciri Makluman Tahap Stok. Apabila Stok Tersedia adalah kurang daripada atau sama dengan tahap "Makluman Stok" yang telah disediakan sebelum ini oleh penjual, sistem ShopHub akan memaklumkan kepada penjual dengan menghantar pemberitahuan e-mel.
3. Tetapan Baharu: Tetapan Inventori
Cari tetapan baharu di penjuru kanan sebelah atas: E-mel Akaun > Tetapan Inventori.
Dalam Tetapan Inventori, penjual boleh aktifkan/nyahaktifkan ciri "Inventori Dikongsi" atau "Pemberitahuan e-mel Makluman Stok".
4. Modul inventori Gaya Dioptimumkan
- Dalam Stok Gudang dan Stok Saluran, satu lagi pilihan penapis telah ditambah. Kini, peniaga juga boleh mencari dengan penapis "Makluman Stok" dan "Status kemas kini stok saluran.
- Selepas aktifkan ciri "Inventori Dikongsi", butang baharu, "Kemas kini semua tahap stok saluran," akan muncul di bahagian atas sebelah kanan halaman. Penjual boleh menggunakannya untuk mengemas kini semua stok saluran sekaligus.
Komen